Capaian jalur lebar perlu tambah baik secara berkala
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Sabtu. (Gambar kecil: NIRWANDY)
SHAH ALAM - Pakar berpendapat bahawa capaian jalur lebar di Malaysia dikelaskan sebagai baik namun memerlukan pemantauan dan penambaikan secara berkala agar setanding dengan Singapura.
Bagaimanapun, penganalisis Keselamatan dan Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, kualiti kelajuan teknologi itu masih lagi pada tahap memuaskan selain penawaran harganya jauh lebih murah dari negara tersebut.