Ada lesen baru boleh beli motor superbike!
Iklan
Pemilik motosikal berkuasa tinggi kebanyakannya golongan berkemampuan, bagaimanapun ia bukan ‘lesen’ untuk melanggar peraturan. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Baru-baru ini, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi melecur dalam kemalangan di Kilometer 26.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, arah ibu negara, berhampiran Kampung Sungai Chinchin.
Kemalangan tersebut melibatkan lima buah motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai terbabas apabila gagal mengelak sebuah kenderaan di hadapannya yang dikatakan sedang menukar haluan.