Hajiji ada pilihan untuk bubar DUN
Iklan
Hajiji melambai kepada pengamal media di hadapan pintu gerbang Istana Seri Kinabalu di Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu.
SHAH ALAM - Datuk Seri Hajiji Noor mempunyai pilihan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan dalam masa terdekat sebagai jalan terakhir untuk beliau menyelamatkan maruahnya selaku Ketua Menteri dan kerajaan negeri pimpinannya sekarang.
Dr Mazlan Ali
Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu menjadi salah satu topik utama dibincangkan dalam pertemuan antara Hajiji dan Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT), Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada petang Sabtu.