Festival baling tepung dan telur busuk di Sepanyol
Iklan
Pelancong luar negara lebih mengenali Festival Els Enfarinats sebagai perang baling tepung dan telur.
SEPANYOL sememangnya cukup terkenal dengan penganjuran festival unik dan menarik seperti acara Larian Lembu atau Fiesta de San Fermin serta Pesta Perang Tomato atau La Tomatina.
Di bahagian tengara negara itu, terdapat satu lagi festival pelik yang diadakan sejak turun-temurun oleh penduduk tempatan di bandar Ibi di wilayah Alcante.