Tangisan dan harapan
Iklan
Malaysia menutup tirai tahun 2022 dengan tragedi yang menyedihkan iaitu insiden tanah runtuh di Batang Kali. - Foto Bernama
ORANG-orang tua di kampong selalu berpesan,"Tuhan akan senantiasa menguji kita”, dan begitulah situasi negara sekarang, terus diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran.
Pilihan Raya Umum ke-15 berakhir dengan satu keputusan yang dramatik tetapi prakmatik, sekali lagi keluhuran perlembagaan dan kebijaksanaan institusi Istana menjadi sandaran utama dalam menyelesaikan salah satu kemelut politik yang amat dasyat sejak negara merdeka.