'Buktikan BN bersih daripada kleptokrat'
Iklan
Ahmad Faizal menegaskan pintu kerjasama PN-BN hanya akan terbuka bila UMNO-BN bebas daripada kleptokrat. Gambar kecil: Ahmad Faizal
SHAH ALAM - Pintu kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) hanya akan terbuka sekiranya kepimpinan koalisi itu adalah bersih daripada kelompok kleptokrat serta komited memperjuangkan agenda mengangkat kepentingan agama, bangsa dan negara.
Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau secara peribadi kurang bersetuju sekiranya agenda penyatuan dua koalisi terbesar itu hanya digerakkan menerusi idea kerjasama parti tanpa mengambil kira soal integriti kepimpinannya.