Letak sasaran 10 tahun
Iklan
Pakar menyarankan kerajaan membuat pelarasan agar pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak di negara ini dapat dilaksanakan secara lebih teratur dan sistematik. (Gambar kecil dari kiri: Intan Farahana, Alimuddin)
SHAH ALAM - Pakar pendidikan meletakkan sasaran tempoh 10 tahun untuk kemudahan prasekolah dan taman didikan kanak-kanak (tadika) kendalian kerajaan diperluaskan di seluruh negara.
Dalam tempoh tersebut, semua kanak-kanak Malaysia dijangka mendapat pendidikan awal sebelum melangkah ke Tahun Satu di sekolah-sekolah rendah.