Bayar sampai RM580 sebulan
Iklan
Kekurangan kelas prasekolah dan taman didikan kanak-kanak kendalian agensi kerajaan di kawasan bandar ternyata mengundang bebanan kepada ibu bapa. Gambar kecil dari kiri: Roszaniah, Suhaliza dan Nurul Intan
SHAH ALAM - Kekurangan kelas prasekolah dan taman didikan kanak-kanak (tadika) kendalian agensi kerajaan di kawasan bandar ternyata mengundang bebanan kepada ibu bapa.
Masalah itu menyebabkan kebanyakan ibu bapa di kawasan bandar tiada pilihan lain, selain terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar menghantar anak-anak mereka ke tadika swasta dengan kadar yuran jauh lebih tinggi.