Bertindak segera sebelum terlambat
Iklan
Kerajaan perlu laksana penguatkuasaan ketat terhadap kemasukan pelancong China. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Dr Mohamed Rusli)
SHAH ALAM - Kerajaan perlu bertindak segera untuk melindungi nyawa rakyat Malaysia agar tidak dijangkiti varian baharu Covid-19 dengan meningkatkan tahap penguatkuasaan kemasukan pelancong dari China di pintu masuk negara.
Langkah itu perlu ketika kebanyakan negara luar sudah melakukan penguatkuasaan ketat terhadap pelancong dari China termasuk sekatan masuk berikutan jangkitan Covid-19 di republik itu masih teruk.