Sekat pelancong China: Kementerian Pelancongan tunggu data KKM
Iklan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengambil pendekatan menunggu data KKM sebelum buat keputusan berhubung gesaan menyekat kemasukan pelancong dari China ke Malaysia. - Foto 123RF
SHAH ALAM - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengambil pendekatan menunggu data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum membuat keputusan berhubung gesaan menyekat kemasukan pelancong dari China ke Malaysia.
Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, sebarang keputusan menyekat pelancong dari China susulan lonjakan ketara kes Covid-19 di negara itu akan dibuat berdasarkan data daripada KKM.