Selamat Tahun Baharu moga Malaysia pun selamat sejahtera...
Iklan
Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur 2021. - Foto fail Bernama
BELALANG nak ucapkan selamat menyambut Tahun Baharu 2023 kepada seluruh rakyat Malaysia, para pembaca Sinar Ahad dan yang paling khusus para peminat Belalang.
Setiap minggu Belalang menerima begitu banyak surat, e-mel dan pelbagai hantaran dan mesej daripada peminat setia kolum ini bertanya sama ada Lain Padang Lain Belalang akan terus bersiaran setiap Ahad pada 2023.