2023 lebih mencabar, rakyat perlu bersedia
Iklan
Rakyat Malaysia perlu bersedia hadapi ekonomi yang lebih mencabar pada 2023. (Gambar kecil dari kiri: Mustazar dan Aimi)
SHAH ALAM - Kehidupan rakyat dijangka lebih mencabar pada tahun 2023 dengan kenaikan kos sara hidup dan kadar faedah pinjaman serta pulangan pelaburan yang sederhana.
Penganalisis Ekonomi daripada UniKL Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, krisis geopolitik di Rusia-Ukraine, China-Taiwan, Timur Tengah dan kemunculan varian baharu Covid-19 akan terus membayangi kemalapan ekonomi dunia pada tahun ini.