UMNO perlu buka pintu demokrasi
Iklan
Masa depan UMNO kini terletak di tangan ahli-ahli dan pemimpin parti itu supaya dapat mengembalikan keyakinan rakyat di negara ini. Gambar kecil: Jayum
Syarat kepada parti tunjang Melayu itu untuk kembali jadi pilihan rakyat Malaysia
SHAH ALAM - UMNO perlu membuka pintu demokrasi dengan mengadakan pemilihan terutama yang melibatkan jawatan tertinggi.
Profesor Sains Politik dari Universiti Putra Malaysia, Profesor Datuk Dr Jayum Jawan berkata, langkah itu perlu dilakukan sekiranya UMNO ingin kembali hidup dan menjadi pilihan orang Melayu.