Sengsara jalan rosak lepas bah
Iklan
Beginilah keadaan Jalan Selising-Kok Lanas berhampiran Kampung Bukit Merbau, Pasir Puteh yang rosak akibat banjir baru-baru ini.
SHAH ALAM - Bencana banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini telah meninggalkan pelbagai kerosakan infrastruktur khususnya jalan raya sekali gus memberi kesulitan kepada pengguna.
Orang ramai menyuarakan rasa terganggu kerana terpaksa menempuh sama ada jalan berlubang, mendap mahupun tidak rata sehingga boleh mengundang kemalangan.