Sistem kesihatan di China makin kritikal
Iklan
Pesakit menunggu giliran di klinik demam Tongren Hospital, Changning di Shanghai.
BEIJING - 'Jabatan perubatan kecemasan tidak pernah melihat situasi seperti ini sejak lebih tiga dekad lalu'.
Kenyataan itu dikeluarkan Dr Howard Bernstein di Beijing United Family Hospital setelah peningkatan luar biasa pesakit yang sebahagian besarnya adalah warga emas dengan gejala Covid-19 dan simptom pneumonia atau radang paru-paru.