Harga ayam masih tidak stabil
Iklan
Peniaga mendakwa harga ayam masih tidak stabil selain permintaan pelanggan terhadap bahan mentah itu juga berkurangan. (Gambar kecil dari kiri: Mohd Fadzil, Azman)
Peniaga dakwa isu harga sudah berlanjutan sejak lebih dua tahun lalu
SHAH ALAM - Peniaga ayam masih berhadapan dengan ketidakstabilan harga bahan mentah tersebut yang diperoleh daripada pembekal meskipun ia ada merekodkan beberapa kali penurunan dalam tempoh sebulan lalu.
Seorang peniaga ayam di Pasar Moden Seksyen 6, di sini, Mohd Fadzil Affandi mendakwa, situasi berkenaan sudah berlanjutan sejak lebih dua tahun lalu, iaitu bermula ketika negara memasuki fasa pandemik Covid-19.