MTUC gesa majikan telus laksana hak baharu pekerja
Iklan
Penguatkuasaan pindaan akta ini akan menambah baik skop kebajikan dan perlindungan kepada pekerja. - Gambar hiasan (Gambar kecil dari kiri: Mohd Effendy, Syed Hussain)
SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta majikan melaksanakan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari ini secara telus.
Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, ketelusan dalam menguatkuasakan pindaan akta itu akan turut memberi manfaat kepada majikan sendiri kerana ia akan meningkatkan produktiviti pekerja seterusnya meningkatkan pendapatan majikan.