Tindak-tanduk PNB wajib diawasi
Iklan
Apa guna membelanjakan begitu banyak wang membina menara tertinggi di Malaysia kalau tidak menjamin keuntungan. - Foto Bernama
PADA hari Khamis, 22 Disember, Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.
Seperti yang dibimbangkan oleh pelabur yang tahu sedikit sebanyak mengenai ekonomi dan pasaran saham, kadar pulangan tahun ini hanya baik sedikit dari tahun lalu kerana ada bonus tambahan.