Nyah politik dalam gerak kerja
Iklan
Kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang perlu memfokuskan isu pembangunan negara dalam tempoh parlimen ini. - Foto hiasan/Bernama
PERDANA Menteri sudah pun dilantik. Jemaah Menteri sudah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan diberikan portfolio masing-masing. Parlimen juga sudah bersidang.
Namun masih ada dalam kalangan rakyat netizen malah pemimpin masih lagi terpaku dalam tempoh pilihan raya dengan mempolitikkan pelbagai isu demi menzahirkan kebaikan di pihak mereka.