Akta etika wakil rakyat ‘budiman’
Iklan
Parlimen bukan sarkas, ia bukan tempat untuk ‘badut politik’. Ia ada prestij dengan nilai budaya berbeza. - Foto Bernama
PADA 19 dan 20 Disember 2022, beberapa peristiwa bersejarah mengambil tempat di dalam Dewan Rakyat.
Satu, Dewan Rakyat bersidang buat kali pertama sebulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15; kedua pelantikan seorang Speaker dan dua Timbalan Speaker; ketiga undi percaya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keempat, kelulusan ke atas Rang Undang-undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022, perbelanjaan sebanyak RM107,718,676,650 dikeluarkan untuk perkhidmatan kerajaan bagi sebahagian tahun 2023.