Keabsahan dalam ugutan
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berbual bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15. - Foto: Bernama
TOPIK paling menarik di Dewan Rakyat (DR) pada 19 Disember lalu ialah usul keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM) Ke-10.
DR telah dijelaskan tentang proses pelantikan tersebut. Dalam tempoh masa yang ditetapkan, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah memperolehi sokongan 115 orang Ahli Dewan Rakyat (ADR), melalui Surat Akuan Berkanun (SD), yang diminta dan disahkan diterima pihak berkaitan.