Ancaman krisis biotik keenam
Iklan
Lebih satu daripada 10 spesies haiwan dan tumbuhan dijangka pupus pada 2100.
BRUSSELS - Bumi bakal menghadapi kepupusan secara besar-besaran atau krisis biotik yang akan menyaksikan 'kehilangan' lebih satu persepuluh spesies haiwan dan tumbuhan menjelang 2100.
Amaran itu diumumkan saintis Australia dan Eropah melalui kajian terbaharu mereka yang diterbitkan menerusi jurnal Science Advances pada minggu lalu berdasarkan pemerhatian terhadap 'bumi maya' berhubung impak perubahan iklim ke atas biodiversiti dunia.