31 lokasi hotspot tanah runtuh 2022
Iklan
Pemandangan atas kawasan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya. - Foto Bernama
Dikenalpasti di kawasan Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak
JABATAN Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) merekodkan 31 kawasan hotspot berisiko tanah runtuh sepanjang musim Monsun Timur Laut tahun 2022.
Sebahagian besar kawasan hotspot tanah runtuh yang dikenalpasti terletak di negeri Pantai Barat antaranya Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.