'Saya anak Malaysia'
Iklan
Nadila berharap Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dapat dipinda segera kerana dia mahu terus menetap di Malaysia dan tidak terpisah daripada keluarga.
Nadila Fitriani takut diusir dari Malaysia selepas usia 21 tahun
SHAH ALAM -"Apa dosa saya? Salahkah saya dilahirkan di luar negara dan mempunyai bapa warga asing sehingga saya berkemungkinan bakal diusir dari negara yang saya anggap rumah selamanya?"
Demikian luahan Nadila Fitriani Suparjan, 20, yang hidup dalam kegelisahan kerana dalam tempoh setahun lagi, dia boleh diusir keluar berdasarkan undang-undang negara.