Keabsahan Anwar sebagai Perdana Menteri tidak boleh dipertikaikan lagi
Iklan
Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Isnin.
--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, Dec 19 -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim was sworn in as a Member of Parliament at the First Meeting of the First Session of the 15th Parliament in Parliament House, today.
--fotoBERNAMA (2022) COPYRIGHT RESERVED
Anwar berjaya membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen menerusi undian suara
SHAH ALAM - Kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menang undi percaya dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, wajar menutup mulut pengkritik terutama pembangkang yang sering mempertikaikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan campuran pimpinannya.
Penganalisis politik dan hubungan antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kejayaan Perdana Menteri menang undi percaya juga membolehkan kerajaan pimpinannya memberi fokus kepada perkara lebih penting seperti pembentangan Bajet 2023, pemulihan ekonomi dan masalah banjir melanda beberapa negeri sekarang.