MoU perkukuh keabsahan Anwar
Iklan
Anwar (tengah) ketika Majlis Menandatangani Permuafakatan Antara Gabungan Bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada Jumaat. Turut serta (dari kiri) Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor; Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
RUMAH sudah siap, pahat masih berbunyi.
Begitulah nasib kerajaan baharu ini yang baru sahaja menyempurnakan Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) Permuafakatan Antara Gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia melibatkan empat gabungan politik iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan satu parti politik iaitu Parti Warisan (Warisan) pada petang Jumaat.