TikTok semarak demam Piala Dunia
Iklan
TikTok mengesahkan penguasaannya sebagai aplikasi media sosial terpenting pada pertandingan terbesar di dunia iaitu Piala Dunia 2022 di Qatar.
REPUTASI TikTok sebagai instrumen penentu undi pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU 15) telahpun diperakui ramai. Menjelang PRU15, TikTok bergema di seantero negara demi memancing undi.
Meskipun ada yang curiga dengan keberkesanan TikTok, namun jelas aplikasi tersebut mendominasi minat dan perbualan pengundi sepanjang PRU15.