Keabsahan PM: Masa untuk buktikan bekerja demi rakyat
Iklan
Nurul Aishah pada Program Sinar Live bertajuk “Menjelang Usul Undi Percaya PM” yang berlangsung di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Khamis. Foto SINAR HARIAN / Rafeq Redzuan
SHAH ALAM - Komitmen ahli-ahli parlimen untuk menyokong usul undi percaya bagi menentukan keabsahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi bukti betapa ahli-ahli politik benar-benar mahu bekerja untuk rakyat.
Penyarah Pusat Komunikasi dan Media UiTM, Ts Nurul Aishah Ab Raman berkata, sudah tiba masa untuk Malaysia terus melangkah ke hadapan tanpa risiko kembali kepada kemelut politik yang tidak berkesudahan.