Hentikan persengketaan
Iklan
Rakyat berhak melihat kerajaan dan pembangkang membuat kerja masing-masing, bukan beraksi dengan sakit hati atau angkuh selama lima tahun. Foto hiasan
SELEPAS kekalahan England di tangan Perancis dalam suku akhir Piala Dunia pada Ahad lalu, tular di media sosial yang memuji England - 'England yang tewas dan gagal ke peringkat akhir akur dengan keputusan itu serta tidak membuat ceramah-ceramah memfitnah atau membantah keputusan pengadil'.
Sungguhpun bukan peminat tegar bola sepak, kecerdikan ‘nakal’ netizen Malaysia dan hikmah yang cuba dibawa mereka mencuit hati saya.