Pemutihan elak Langkah Sheraton 2.0 berulang
Iklan
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijangka akan mengadakan satu mesyuarat khas malam esok. (Gambar kecil dari kiri: Anis Anwar, Khaidhirah)
KEPUTUSAN pemecatan keahlian bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa serta dua lagi iaitu Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau dan Maran sebagaimana diumumkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada Khamis, sebenarnya tidak mengejutkan.
Ia susulan prestasi terburuk UMNO-BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila parti itu sekadar menawan 30 kerusi Parlimen dan terkini sekadar menang tipis di kerusi PRU tertangguh iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Rabu.