Petanda yang tak boleh diabaikan...
Iklan
Calon PN Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin semasa di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech pada Rabu lalu.
SEMENTARA Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menarik nafas lega dengan pengumuman senarai timbalan menterinya, jangan lupa ada juga petanda tidak baik di hadapan yang dihantar oleh rakyat, tidak boleh diabaikan.
Signal itu ialah kekalahan calon kerajaan di Parlimen Padang Serai yang sebelum ini dimenangi mereka sejak tiga penggal yang lalu.