Jalan mana pilihan UMNO?
Iklan
UMNO kini harus membuat keputusan sama ada mereka mahu mengikut jejak Golkar di Indonesia atau mahu kembali menjadi sebuah parti yang kuat dan mampu memimpin negara. - Foto Bernama
KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai, Kedah yang tertunda sebelum ini akibat kematian salah seorang calon semasa kempen sedang dijalankan, sangat menarik.
Padang Serai sepatutnya menjadi langkah mudah untuk Pakatan Harapan (PH) yang menguasai kerusi tersebut sejak 2008.