16 muka baharu jadi timbalan menteri
Iklan
Gambar dari kiri: Aiman Athirah Sabu, Wilson Ugak Kumbong, Rubiah Wang, Lim Hui Ying, Chan Foong Hin, Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud, Adly Zahari, Adam Adli, Saraswathy, Huang tiong Sii, Lukanisman Awang Sauni, Siti Aminah Acing, Khairul Firdaus Akbar Khan
SHAH ALAM - Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menampilkan seramai 16 muka baharu daripada 27 jawatan timbalan menteri yang telah dilantik pada Jumaat lalu.
Parti yang paling banyak mewakili muka baharu untuk menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan kali ini adalah Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada sembilan orang calon.