Bantu turunkan harga beras
Iklan
Isu monopoli industri beras tempatan dan import beras perlu dilihat dari perspektif kepentingan pesawah miskin dan bukannya dijadikan isu kaum. Gambar kecil: Abdul Shukor
SHAH ALAM - Penghapusan monopoli terhadap keperluan asas seperti beras berupaya membantu menurunkan harga barangan itu di pasaran.
Pakar Sekuriti Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Dr Abdul Shukor Juraimi berkata, ia juga dapat membenarkan banyak syarikat lain untuk turut serta menceburi dalam sektor pembekalannya.