Perlu lantik Menteri Kewangan baharu
Iklan
IDEAS berpendapat pengasingan kuasa antara jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan perlu dilakukan kerana tidak selaras dengan prinsip tadbir urus baik seperti yang dilaungkan Anwar sebelum ini. (Gambar dalam :mDr Tricia Yeoh - FILE PIX)
SHAH ALAM - Pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan dilihat kurang wajar malah tidak selaras dengan prinsip tadbir urus baik seperti yang dilaungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Dr Tricia Yeoh berkata, Anwar sebelum ini dengan tegas mengisytiharkan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku dan ia sebagai agenda teras Kerajaan Perpaduan.