Bantu rakyat memerlukan
Iklan
Mekanisme dan penilaian pelaksanaan subsidi bersasar perlu diperhalusi supaya ia sampai kepada golongan sasaran tanpa ada sesiapa yang terpinggir.
SHAH ALAM - Pada hari keempat menerajui negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua minggu kepada agensi kerajaan berkaitan untuk menggubal pelaksanaan subsidi bersasar bagi memastikan hanya golongan benar-benar memerlukan dapat menikmatinya dan pada masa sama mengurangkan beban kerajaan.
Persoalannya, bolehkah perkara itu dilakukan?