Cari penyelesaian atasi peningkatan kos sara hidup
Iklan
Datuk Nadzim Johan. FOTO SINAR HARIAN/ Asril Aswandi Shukor
SHAH ALAM - Kerajaan perlu segera mencari solusi terbaik dalam membantu rakyat menghadapi masalah peningkatan kos sara hidup.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, peningkatan kos sara hidup itu amat membebankan rakyat dan pihaknya juga menerima banyak kes orang ramai yang seolah-olah putus asa untuk meneruskan hidup.