Adakah kejutan dalam kabinet Anwar?
Iklan
Menanti debaran siapa yang bakal mengisi Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ENAM hari berlalu sejak Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim rasmi menjadi Perdana Menteri dan kini segala tumpuan terarah kepada pembentukan kabinet Kerajaan Perpaduan diketuainya.
Pastinya tidak mudah buat Ahli Parlimen Tambun itu untuk membuat keputusan segera, berhubung komposisi kabinet kecil yang akan menjadi tulang belakang kepada pemerintahan beliau untuk tempoh lima tahun akan datang.