[VIDEO] 'Masih ada tempat tiada telur'
Iklan
Beberapa kawasan masih lagi mengalami masalah bekalan telur yang tidak mencukupi.
Persatuan penternak dakwa masalah bekalan telur di pasaran masih belum selesai sepenuhnya
SHAH ALAM - Isu kekurangan bekalan telur ayam di pasaran sejak Oktober lalu masih lagi berlanjutan sehingga kini, kata Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Lee Yoon Yeau.
Ujarnya, isu telur ayam kembali pulih seperti yang dipaparkan di media sosial adalah tidak benar kerana beberapa kawasan masih lagi mengalami masalah sama.