Kerajaan perpaduan nasional
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media pertama setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 di Sungai Long Golf Club House, Kajang. - Foto Bernama
MEDAN sosio-siasah negara Malaysia yang terbahagi (divided nation) ini membuktikan sekali lagi bahawa rancangan insan berada di dalam kuasa ketetapan mutlak Tuhan.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selesai dengan aman pada 19 November 2022, dengan penuh suspens rakyat terpaksa menunggu dan melihat selama empat hari lagi telatah para politikus beraksi untuk menduduki Putrajaya.