PM dijangka tidak akan kurangkan inisiatif kerajaan terdahulu
Iklan
Inisiatif Bajet 2023 yang mungkin akan dikekalkan atau ditambah baik oleh kerajaan baharu nanti ialah Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tidak akan mengurangkan inisiatif daripada Bajet 2023 yang telah diumumkan semasa pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.
Penganalisis ekonomi dari Asia e University, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, ini disebabkan Kerajaan Perpaduan yang diketuai Anwar turut dianggotai BN.