Saspens macam wayang...
Iklan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyantuni pengamal media yang berkampung di hadapan pintu 2 Istana Negara.
SAMPAI hari Selasa, tiga hari selepas PRU15, masih belum ada individu yang dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke-10. Seingat Awang, belum pernah berlaku hal seperti ini dalam sejarah pilihan raya negara kita.
Inilah yang sebenarnya disebutkan 'Parlimen Tergantung'.