Kerajaan perpaduan, minoriti atau caretaker
Iklan
Anwar Ibrahim (kiri), Muhyiddin (kanan) masing-masing ketika membuat sidang media selepas menghadap Agong di Istana Negara pada Selasa.
SHAH ALAM - Kegagalan mana-mana pakatan politik meraih jumlah sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), memungkinkan tiga situasi berlaku iaitu pemerintahan bersifatkan kerajaan minoriti, perpaduan atau caretaker.
Pakar Perlembagaan, Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, jika tiada sesiapa di antara ahli Parlimen yang boleh mendapat mandat majoriti, maka seseorang ahli Parlimen itu boleh membawa tawaran kerajaan minoriti bersama bilangan ahli Parlimen yang memberi sokongan bersyarat, melalui persetujuan Confidence and Supply Agreement (CSA) atau Perjanjian Keyakinan dan Bekalan.