Pilih PH atau PN, pemimpin BN didakwa telah capai kata sepakat
Iklan
Keratan muka depan Sinar Harian pada Isnin, 20 November 2022.
Difahamkan satu lagi Mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan berlangsung pada Selasa untuk keputusan akhir
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) didakwa telah mempunyai kata sepakat dalam membuat keputusan berhubung kerjasama gabungan parti itu untuk membentuk kerajaan dengan gabungan parti lain.
Perkara itu sekali gus hampir menjawab teka teki sama ada BN akan memilih Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) untuk melengkapkan majoriti bagi membentuk kerajaan.