Gesaan BN jadi pembangkang, Muhyiddin bakal kempunan?
Iklan
Parti mana yang bakal mentadbir negara akan ditentukan rakyat pada PRU15 Sabtu ini.
KEHANGATAN kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar seakan-akan tidak dirasai oleh 32 juta rakyat Malaysia meskipun perlawanan pembukaan di antara Qatar selaku tuan rumah dengan pasukan Ecuador sudah berlangsung malam Ahad.
Semua ini gara-gara dua pasukan 'bola sepak politik' yang mempunyai bilangan kemenangan kerusi Parlimen terbanyak di Malaysia iaitu Pakatan Harapan (82 kerusi) dan Perikatan Nasional (73 kerusi), sedang berusaha menyumbat gol terakhir bagi memenangi trofi kejuaraan ke Putrajaya.