PN dakwa sudah ada majoriti
Iklan
Muhyiddin (kiri) mendakwa sudah memiliki jumlah sokongan mencukupi bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.
KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) hampir pasti dapat menubuhkan kerajaan Persekutuan berdasarkan sokongan parti-parti yang sehaluan dengan gabungan berkenaan.
PN yang memenangi 73 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) memerlukan sokongan 39 ahli Parlimen lagi bagi mendapatkan majoriti mudah.