Mereka benar-benar pendobrak (game-changer)
Iklan
Antara wajah-wajah pengundi kali pertama yang menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Kota Kuala Muda, pada Sabtu. - Gamar hiasan Bernama
DI PENANTI, Permatang Pauh, Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba awal pagi untuk mengundi. Beliau pada mulanya dilihat berbaris dalam satu barisan yang panjang dan kehadiran pihak media menjadikan suasana di pusat itu tidak terkawal seketika sebelum petugas SPR membenarkan beliau memotong barisan untuk meredakan keadaan.
Namun gambar yang tular yang menunjukkan beliau memotong barisan telah mencetuskan 'kemarahan' netizen yang rata-rata mempersoalkan 'keistimewaan' yang dinikmati oleh beliau pada hari yang mereka kata sepatutnya rakyat yang 'berkuasa'.