PRU15: Legasi politik, kelebihan atau tekanan?
Iklan
Mohd Nizar (depan) bersama ibunya, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar yang hadir memberi sokongan semasa penamaan calon di Pusat Penamaan Calon PRU15 di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, pada 5 November lalu.
DEBAR semakin kencang menghampiri kurang 12 jam terakhir hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada Sabtu di mana rakyat akan memilih calon sekali gus parti yang akan membentuk kerajaan baharu.
Bercakap soal calon, PRU15 merekodkan 945 calon kerusi Parlimen dan 434 calon layak merebut 117 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk negeri Perak, Pahang dan Perlis serta Bugaya, Sabah.