PRU15: Peratusan keluar mengundi diramal tinggi
Iklan
Dari kiri: Rafizi Ramli, Wan Saiful dan Ahmad Maslan
SHAH ALAM - Parti-parti politik menjangkakan peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu ini akan meningkat berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.
Ia berdasarkan pemerhatian di lapangan dan maklum balas pengundi yang dilihat sangat teruja untuk menunaikan tanggungjawab bagi memilih kerajaan baharu.