‘Terima kasih sajalah Amerika’
Iklan
Mangsa cedera diberi rawatan awal oleh paramedik yang tiba di lokasi letupan.
ANKARA - Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu menegaskan Turkiye menolak ucapan takziah Amerika Syarikat (AS) susulan insiden letupan di Istanbul pada Ahad.
Menurut Suleyman, Ankara tidak menerima sentimen Washington kerana AS selama ini secara terbuka menyokong Unit Perlindungan Rakyat (YPG) di Syria yang ada kaitan secara langsung dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan.